Isnin, 20 Oktober 2008

Sabtu, 18 Oktober 2008

Jumaat, 28 Mac 2008

Balasan Meninggalkan Solat

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya. Marilah kita mengambil pengajaran daripada cerita ini..

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk
sembahyang berjamaah.

Rabu, 26 Mac 2008

Gulai Nenas Ikan Sepat Masin

GULAI NENAS IKAN SEPAT MASIN
Sumber : Chetam.blogspot

Cuti di kampung baru-baru ni, saya berkesempatan masak gulai nenas ikan sepat masin ni untuk family di rumah.
Untuk tatapan semua, sempatlah saya mengambil gambar gulai yang dah siap hehehe...
Terima kasih Chetam..Suka sangat resepi ni..hehehehe..
Bahan-bahannya:
8 ekor ikan sepat masin
1/2 biji nenas, dipotong lebar-lebar
Segenggam daun kesum
3 helai daun limau purut
Santan dari sebiji kelapa
Jus dari 2 biji limau nipis
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Untuk dikisar halus:
8 biji cili merah atau lebih
2 batang serai1 cm lengkuas
3 urat daun ketumbar
2 helai daun limau purut
2 cm kunyit hidup
2 camca kecil belacan
8 biji bawang merah

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis rempah yang dikisar sehingga wangi
.2. Masukkan santan dan didihkan.
Setelah mendidih, masukkan ikan sepat, nenas dan juga daun limau purut. Masak selama 15 minit lagi.
3. Sebelum disajikan masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa.

p/s: Saya ubah sikit resepi, saya goreng dulu ikan sepat masin tu supaya tak lembik sangat bila masak.
Selamat Mencuba...:)

Jumaat, 21 Mac 2008

Senarai Makanan Dan Hikmahnya Dalam Islam

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Limau Kulit Tebal
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
sumber:http://www.uitm.edu.my/pewani/tips_3.html.htm

Khamis, 20 Mac 2008

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1429H

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2008 bersamaan 12 Rabiul Awal 1429H..

Contohilah Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya baginda adalah contoh yang terbaik untuk seluruh ummah..Berzikir dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita diberkati Allah S.W.T.

Sayangilah dan cintailah Rasulullah S.A.W...

Jumaat, 14 Mac 2008

Tazkirah Jumaat..Kelebihan Ayat Kursi

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.
Sama-samalah kita amalkannya..insyaAllah...

Khamis, 13 Mac 2008

Yusuf Estes Terima Hidayah..

Artikel ini dipetik daripada akhbar tempatan yang masih dalam simpanan saya...
Saya masukkan di blog sebagai cerita pedoman buat kita semua...

HIDAYAH datang tanpa disangka. Walau sehebat mana sekalipun menangkis, namun atas kehendak Allah s.w.t., maka kita akan menerimanya dengan hati yang reda. Begitulah yang melanda kehidupan seorang paderi kelahiran Amerika Syarikat (AS), Yusuf Estes hingga beliau menerima Islam sebagai pengabadian hidup.

“Ramai orang bertanya kepada saya, bagaimana pengkhutbah atau paderi boleh memeluk Islam terutamanya setelah mengetahui semua perkara negatif mengenai Islam hampir setiap hari. Bagaimanapun, saya menyifatkan pengislaman ini sebagai perkara yang cukup berharga setelah menerima hidayah Allah s.w.t,” ujarnya yang merupakan paderi tentera di Penjara Awam AS.Yusuf Estes dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kuat pegangan Kristian di Midwest. Keluarganya bukan sahaja membina gereja dan sekolah tetapi merupakan orang pertama yang meneroka kawasan tersebut. Beliau masih berada di sekolah rendah semasa ditempatkan di Houston, Texas pada 1949.

“Saya selalu mengikut keluarga ke gereja dan dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas. Sebagai remaja, minat untuk mengunjungi gereja-gereja lain dan mendalami ajaran dan kepercayaan Kristian semakin bercambah.

“Pada masa yang sama, saya turut berminat mengkaji agama lain termasuklah Hindu, Yahudi, Buddha, Metafizik dan kepercayaan asal orang Amerika. Tetapi entah kenapa, saya tidak mengkaji Islam secara serius berbanding agama-agama tersebut,” ceritanya mengimbas kenangan yang membawanya mengenali agama Islam.

Membesar dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat pada agama, sedikit sebanyak membuatkan Yusuf cenderung kepada genre muzik Gospel dan klasik. Akhirnya, beliau memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan muzik dan agama.Bakatnya itu membawa beliau dilantik sebagai paderi muzik di beberapa buah gereja dan kemudiannya mula mengajar keyboard pada 1960. Beliau berjaya memiliki studionya sendiri pada 1963 dengan nama Studio Muzik Estes di Laurel, Maryland.

Selama 30 tahun, beliau dan ayahnya bergandingan menguruskan projek perniagaan yang berasaskan hiburan dan persembahan. Beliau turut membuka stor piano dan organ dari Texas dan Oklahoma hingga ke Florida. Akui Yusuf, bisnesnya amat menguntungkan tetapi beliau tidak menemui ketenangan jiwa.

Namun pada 1991 ketika berumur 54 tahun, beliau menemui bahawa kepercayaan mengenai agama Islam terkandung di dalam kitab Injil. Baginya, ini adalah sesuatu yang melampau dan di luar dugaan terutama apabila beliau mendapati pembawa kitab Injil yang digunakan untuk mengembara seluruh dunia terlalu membenci Islam.

Menurut Yusuf, ayahnya bergiat aktif dengan menyokong aktiviti gereja terutama program sekolah di gereja dan ditahbiskan sebagai paderi pada 1970. Kemudian ayah dan ibu tirinya mengenali banyak paderi dan mengunjungi Oral Roberts dan membantu dalam pembinaan Prayer Tower di Tulsa. Mereka juga adalah penyokong kuat Jimmy Swaggart, Jim dan Tammy Fae Bakker, Jerry Fallwell, John Haggi termasuklah musuh ketat bagi orang Islam, Pat Robertson.

“Mereka turut menerbitkan kaset puji-pujian dan mengedarkannya secara percuma ke beberapa rumah warga tua dan hospital. Pada 1991 juga, beliau memulakan bisnes dengan seorang lelaki yang berasal dari Mesir. Ayah mahu saya berjumpa dengannya.

“Dalam kepala, saya terbayangkan tentang piramid, Sungai Nil dan segala keindahan yang terdapat di Mesir. Tetapi, setelah ayah memberitahu saya bahawa lelaki ini adalah Islam, hati saya tersentak. Bagaimana ayah boleh mempercayai individu yang menganut agama yang menyuruh umatnya menjadi pengganas dan pengebom berani mati? Saya tidak mahu berjumpa dengan lelaki ini hanya kerana dia adalah Muslim!” kata Yusuf.

Bagaimanapun ayahnya tetap memaksa beliau berjumpa dengan lelaki itu yang bernama Mohamed Abel Rehman dengan menyifatkannya seorang lelaki yang baik. Apabila menemuinya, Yusuf amat terkejut kerana penampilan Mohamed jauh meleset daripada sangkaannya.“Saya selalu mengandaikan bahawa lelaki Islam mestilah berjanggut dan memakai serban di atas kepalanya tetapi penampilannya jauh berbeza. Dia amat ramah dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Walaupun begitu, saya berpendapat, dia perlu diselamatkan,” cerita Yusuf mengenai pertemuannya dengan lelaki tersebut.

Kesempatan bertemu dengan Mohamed, Yusuf mengajukan beberapa soalan berkaitan agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Mereka kemudiannya berbual panjang dan mendapati Mohamed sangat mesra dan tidak menyampuk semasa Yusuf bercakap. Oleh itu, beliau berpendapat, yang Mohamed akan menjadi penganut Kristian yang baik.Buat pertama kalinya, beliau bersetuju dengan pandangan ayahnya yang mahu melakukan urusan bisnes dengan lelaki yang berasal dari Mesir itu dan bercadang mengajaknya untuk mengikuti trip perniagaan ke Texas.
Peluang untuk menarik Mohamed kepada agama Kristian terbuka luas apabila Mohamed ingin berpindah keluar daripada rumah yang didudukinya dan bercadang tinggal di masjid buat sementara waktu. Yusuf memohon kebenaran dari ayahnya agar Mohamed tinggal di rumahnya supaya dapat menguruskan perniagaan dengan lancar.

Kesibukan dengan perniagaan tidak menghalang Yusuf menziarah rakan-rakan paderinya yang menetap sekitar Texas termasuklah salah seorang rakannya yang dimasukkan ke hospital kerana diserang sakit jantung. Beliau membawa Mohamed melawat rakannya yang terlantar sakit itu dengan harapan dapat berkongsi pandangan mengenai agama. Tetapi rakannya tidak berminat mengenai Islam.

Bagaimanapun suatu hari, Yusuf didatangi seorang lelaki yang berkerusi roda dan merupakan teman sebilik rakannya. Melihat keadaan dan sikapnya, beliau dapat mengagak bahawa lelaki tersebut dalam kesunyian dan memerlukan seseorang untuk membantunya.“Saya pergi kepadanya dan berkongsi cerita mengenai kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan paus dan tenggelam di laut tetapi tiga hari kemudian, Nabi Yunus timbul semula dan kembali ke bandarnya dengan selamat. Pengajaran daripada kisah di atas ialah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

“Selepas berkongsi cerita dengannya, lelaki itu memandang saya dan memohon maaf di atas sikapnya yang kurang sopan dan pernah berhadapan dengan masalah serius beberapa tahun lalu. Kemudian dia ingin membuat pengakuan tetapi saya bukan paderi Katolik.“Saya terperanjat apabila lelaki itu mengaku bahawa dia adalah paderi Katolik yang dikenali sebagai Father Peter Jacob. Saya memanggilnya Pete. Dia kemudiannya berkongsi kisah hidupnya dengan saya semasa menjadi mubaligh Kristian selama 12 tahun ke serata AS dan Mexico.

Apabila dia dibenarkan keluar daripada hospital, saya mengajaknya tinggal bersama kami. Pete turut menceritakan bahawa paderi Katolik turut mendalami Islam dan ada sebahagiannya memiliki Doktor Falsafah dalam bidang berkenaan,” ceritanya panjang lebar.Sejak Pete tinggal bersama mereka, Yusuf dan keluarganya membincangkan mengenai Kristian sewaktu makan malam sebagai usaha untuk menarik Mohamed kepada agama tersebut. Yusuf juga menyoal Mohamed mengenai jumlah versi al-Quran yang diturunkan sejak 1,400 tahun lalu. Mohamed menyatakan bahawa hanya ada satu sahaja al-Quran dan tidak ada versi yang lain. Malah al-Quran adalah kitab panduan yang diturunkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w.

Selepas melalui banyak perbincangan mengenai agama, Pete berminat mengikut Mohamed ke masjid semata-mata ingin melihat aktiviti di sana. Mereka pulang awal dan Pete memberitahu Yusuf, tidak ada apa yang istimewa melainkan jemaah mendirikan sembahyang di masjid dan pulang ke rumah setelah selesai. Namun, beberapa hari kemudian, Pete menyatakan hasrat yang serupa.

“Hari sudah larut malam tetapi mereka masih belum balik. Akhirnya setelah lama menunggu saya terdengar ketukan di pintu dan sebaik membukanya, saya terkejut melihat lelaki di sebelah Mohamed yang memakai jubah dan ketayap berwarna putih dan amat mengenalinya. Rupanya lelaki itu ialah Pete! Oh Tuhan, saya memang terkejut bagaimana Pete boleh tertarik kepada Islam,” ujar Yusuf tentang perubahan yang berlaku ke atas Pete.Yusuf yang tidak berpuas hati mendapatkan isterinya untuk bertanyakan hal tersebut. Tambah mengejutkan apabila isterinya turut tertarik dengan Islam kerana di situ terletak kebenaran yang dicari-carinya sekian lama. Untuk mendapatkan kepastian, beliau mendapatkan Mohamed dan mengajaknya berbincang di luar.

“Kami keluar berjalan dan bercakap sepanjang malam hinggalah tiba waktu bagi Mohamed untuk mendirikan solat Subuh. Ketika itu, saya tahu yang kebenaran sudah tiba akhirnya dan kini adalah masanya untuk saya memainkan peranan.

“Saya pergi ke bahagian belakang rumah dan mendapatkan papan lapis dan bersujud di atasnya seperti orang Islam bersembahyang. Saya kemudiannya berdoa, ‘Ya tuhanku, sekiranya engkau ada, berikanlah aku panduan.’ Apabila saya mengangkat kepala, hati saya mula terdetik sesuatu. Tiada pari-pari atau burung berterbangan di langit atau bunyi muzik tetapi, saya sedar ada sesuatu telah berubah,” jelasnya. Yusuf kemudiannya naik dan mandi dengan harapan membersihkan diri daripada segala dosa yang membelenggu hidup saya selama ini. Saya seolah-olah memulakan hidup baru yang berpaksikan pada kebenaran Islam.

Tanpa menunggu masa yang lama, pada pukul 11 pagi itu juga, Yusuf melafazkan dua kalimah syahadat dengan bersaksikan Pete dan Mohamed. Malah, isterinya turut mengikut jejak yang sama. Selang beberapa bulan, ayahnya juga memilih untuk memeluk agama Islam. Yusuf tidak dapat membayangkan betapa indahnya, saat-saat mereka mendirikan sembahyang berjemaah di masjid bersama para jemaah yang lain.

Selepas memeluk Islam, beliau mengeluarkan anak-anaknya daripada sekolah Kristian kepada sekolah untuk pelajar beragama Islam. Datuknya adalah orang terakhir dalam keluarga mereka yang melafazkan dua kalimah syahadat.

“Islam terlalu istimewa kerana berupaya menarik paderi seperti saya, Pete dan ayah yang selama ini kuat pada pegangan agama Kristian. Hanya dengan keagungan-Nya, kami diberi panduan untuk melihat kebenaran Islam tanpa membutakan mata dan hati masing-masing. Selepas 10 tahun, anak-anak saya juga sudah boleh menghafaz al-Quran dengan baik.“Islam telah mengubah cara saya melihat kehidupan ini dengan lebih bermakna,” ujarnya mengenai kehidupannya selepas bergelar Muslim.

Rabu, 12 Mac 2008

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Fikir-fikirkanlah.....

Rabu, 5 Mac 2008

Ucapkanlah ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah..hari ini, saya berkesempatan untuk menulis di blog ni..untuk mencoret sedikit di sini..

Petang ni...hati saya terasa ingin mencoretkan sesuatu..Sambil berehat-rehat..tiba-tiba timbul persoalan..kenapa sukar kita hendak menyatakan rasa bersyukur..pada hal..perkataan yang mudah di sebut "ALHAMDULILLAH"...Kebiasaannnya kita akan mengucapkan pada sesuatu yang kita suka...kenapa sukar untuk kita terima sesuatu yang lain daripada kita jangkakan..sedangkan pada setiap yang berlaku Allah S.W.T telah tetapkan perjalanannya...Apa yang pasti setiap yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah..kita harus tabah dan terus berusaha untuk buat yang terbaik...mungkin ada yang terbaik yang Allah akan berikan...

Saya pernah terbaca sesuatu artikel dan ada ayat-ayat dalam artikel tersebut yang sangat dalam maknanya..kata-kata tersebut berbunyi.."Hati ibarat raja, akal itu penasihat, nafsu pula sentiasa mengajak kejahatan". Tetapi nafsu tidak boleh buang dalam diri manusia kerana ia sebahagian dari diri manusia, oleh itu nafsu perlu dididik...Adakalanya kita sukar terima ujian Allah..ini bermakna kita tidak menggunakan akal kita untuk berfikir yang terbaik..kita tidak menggunakan hati untuk menilai di sebalik cabaran dan dugaan Allah..Kita juga tidak mendidik nafsu supaya tidak mengikut perasaan..

Yang jelas..kehidupan ini penuh dengan cabaran. Hidup tidak selalunya indah tetapi disitulah keindahan hidup. Apabila diuji, kita akan rasa tertekan, apa yang jelas dan pasti..janganlah kita mengikut hati dan perasaan..doronglah diri untuk bangun semula untuk meneruskan perjuangan hidup..dan yang paling penting ucapkan Alhamdulillah kerana Allah masih hidupkan kita di dunia ini untuk menikmati keindahan kehidupan..

Ya Allah..aku bersyukur atas nikmat yang diberikan kepadaku...Ya Allah..jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dan jadikan aku hambaMu yang sentiasa mendekatkan diriku kepadaMU..ALHAMDULILLAH......

Tips Kesihatan

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-

1) Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan
orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2) Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3) Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya
seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti
oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains
telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4) Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat
penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi
ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5) Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu
10 kali ganda terdapat – dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya
makanan tidak hadam)

InsyaAllah..mudah2han dengan serba sedikit info ini, kita akan dapat manfaatnya..insyaAllah..:)

Isnin, 3 Mac 2008

Resepi..Asam Pedas Ikan Parang Teratak Indah..

Asam Pedas Ikan Parang Teratak Indah

Bahan-bahan:
500gm ikan parang
15 tangkai cili kering (direndam)
2 batang serai
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit lengkuas (lebih kurang 2cm)
Sedikit halia (lebih kurang 2cm)
Sedikit kunyit hidup (lebih kurang 2cm)
Sedikit air asam
5 biji kacang bendi
Minyak
Air secukupnya
Serbuk perasa (jika guna)
Sedikit garam dan gula
3 tangkai daun kesum

Cara-caranya:
1) Ikan parang disiang dan dibersihkan dengan air asam limau atau air asam jawa atau asam keping
2) Kisar cili kering, kunyit hidup, bawang merah, lengkuas, halia, bawang putih dan serai hingga lumat.
3) Panaskan sedikit minyak & tumiskan bahan yang dikisar tadi hingga naik minyak & berminyak, hingga naik bau dan cili betul2 masak
4) Kecilkan api dan masukkan air secukupnya dan sedikit air asam jawa.
5) Setelah naik minyak, masukkan ikan parang, daun kesum, kacang bendi ,garam, sedikit gula & sedikit perasa.

SELAMAT MENCUBA..;)

Ahad, 2 Mac 2008

Resepi..Ikan Siakap Tiga Rasa Teratak Indah

Bahan-bahan:
Ikan Siakap
Sedikit tepung ubi
Minyak

Bahan A:
1 labu bawang putih
10 tangkai cili padi
2 tangkai daun ketumbar

Bahan B:
5 ulas jeruk bawang putih
5 tangkai cili pad (potong halus)
2 sudu besar sos ikan2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
100ml air

Cara-caranya:

Bersihkan ikan dan lumurkan dengan tepung ubi. Panaskan minyak & goreng hingga masak. Angkat dan asingkan.
Kemudian satukan bahan A & bahan B dalam kuali.
Gaulkan rata dan biarkan mendidih.
Akhir sekali, tuangkan kuah di atas ikan yang digorengkan tadi..
Selepas itu..bolehlah dihidangkan untuk santapan keluarga anda...

SELAMAT MENCUBA...

Tujuh Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Meninggal Dunia..

Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan olehorang untuk beramal ibadat di dalamnya.2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atauburung.6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yangmempelajarinya.7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orangtuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orangyang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannyatanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Carilah keredhaan Allah S.W.T....insyaAllah...

Jumaat, 29 Februari 2008

Selamat Hari Lahir & Selamat Bersara Buat Abah....

Selamat Hari Lahir buat abah tercinta...selamat hari lahir yang ke 56 pada 28hb Februari yang lalu dan selamat bersara...Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki..semoga sentiasa diberkati Allah selalu..

Apabila abah menyambut hari lahir yang ke 56 ini, bermakna abah dah pun bersara daripada jawatan seorang guru...Emm..bersara dah abah...cepat sungguh masa berlalu...saya rasakan macam baru semalam ja saya belajar di sekolah dengan abah...Abah pernah menjadi guru kelas saya sewaktu sekolah agama dulu...seronok dapat belaja dengan abah...Abah kata dia rasa seronok nak pencen walaupun dia berasa sangat sedih...lama dia mengajar di sekolah tu, hampir 20 tahun lebih...abah kata dia gembira sebab dia boleh rehat dan buat keje-keje lain...kalau tengok memang kesian sangat masa abah mengajar..adakalanya abah akan berjaga malam untuk menyiapkan kerja dan adakalanya saya dan adik turut membantu abah...emm.. saya dan adik juga bakal melalui pengalaman macam abah, menjadi seorang guru....Abah pernah mengajar saya matapelajaran Faraid, Jenayat, Munakahat, bahasa Arab, dan Muamalat...

Emm..teringat saya akan satu peristiwa...abah dan saya tak tido malam sebab abah mengajar saya mengajar matapelajaran Faraid dan beberapa subjek lain sebab anak sulungnya ini nak ambil peperiksaan Darjah Khas (peperiksaan yang diambil oleh pelajar-pelajar di Johor untuk sekolah agama )..hehehe..ada kalanya hendak hilangkan mengantuk, kami berlari keliling meja hehhe..lucu sangat masa tu..Abah mengajar saya di luar rumah sampai ada jiran tanya kat abah begini.."Cikgu..tak tido ker mlm tadi"..hehehheheh....aduhai..kerana anak sulung kesayanganya ini,abah tak tido malam heheheheee....

Itu lah tugas seorang guru....Semalam mak kata abah dapat banyak dapat hadiah daripada anak-anak muridnya...terharu rasanya..mesti sayu jer di hati abah nak meninggalkan alam pekerjaannya...pekerjaan yang sangat mulia...walau dah pencen..orang tetap panggil "CIKGU"...itulah uniknya seorang guru...

Abah seorang yang paling 'cool' dalam keluarga terutama dalam adik-beradiknya...Pak Adir (adik bongsu abah) pernah berkata kepada saya...dia kata abah adalah orang paling 'cool' dan paling sabar di dunia hehehhe...Walau apapun..ketegasan tetap ada...

Emm..cepat masa berlalu..semoga abah panjang umur dan murah rezeki..jauh di sudut hati saya..semoga saya dan adik dapat mengikut jejak langkah abah..mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna dan menjadi guru yang baik, kerjaya yang sangat mulia...InsyaAllah abah...kedua-dua anakmu ini..akan menabur bakti untuk masyarakat dan menjadi penyambung kerjayamu yang mulia..insyaAllah...

Ku berdoa........
Ya Allah ...wahai Tuhan kami....
Hidupkan kami dengan iman,
Matikan kami dengan iman,serta masukkan kami ke syurga bersama-sama iman

Ya Allah..wahai Tuhan kami.. ..
Ampun dosa kesalahan kami dan
Ampunkan kesalahan ibu bapa kami serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana kedua-duanya mengasihani kami pada masa kami masih kecil...

Ya Allah..wahai Tuhan kami.....Akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan...
Janganlah kiranya Tuhan kami akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik..

Ya Allah..
berkatilah kami di dunia dan di akhirat...moga2 kami menjadi hamba yang paling disayangiMu ..Ya Allah.....AMINN Ya Rabbalalamin..........

Selasa, 26 Februari 2008

Jangan Melafazkan Ucapan "Kalaulah.."

Rasa rindu di blog ni..almaklumlah sibuk dengan tugasan....

Sejak-sejak ni..hobi membaca terbatas sikit..banyak kerja yang perlu diselesaikan termasuk Makroteaching...kena mengajar depan kawan-kawan dan lecturer...practice make perfect...InsyaAllah dapat buat yang terbaik..

Bercerita pasal hobi membaca..teringat pula satu ayat yang saya baca baru-baru ni dalam majalah anis (majalah yang penuh dengan ilmu)..Ayat tersebut berbunyi begini.....

"Bukan saja dengan memprotes atau mengeluh, melafazkan ucapan "kalaulah.." pun kita dilarang...Ingat pesan Nabi S.A.W, .."..jika engkau mendapat cubaan, janganlah berkata 'kalaulah aku buat begini dan begitu (tentu tidak jadi),' Tapi ucapkanlah, 'Allah maha berkuasa berbuat sekehendak-Nya,' kerana ucapan 'kalaulah' memberi peluang syaitan (menggoda/merosakkanmu). " (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a).

Apabila terbaca bait-bait ayat tersebut..saya rasa cukup kerdilnya diri ini..betapa banyaknya perkataan 'kalaulah..' yang saya lafazkan sebelum ini...saya mula terfikir....Allah menciptakan kita di dunia ini..seharusnya kita bersyukur atas nikmat yang diberi..bahawa setiap dugaan dan cabaran yang Allah berikan pada kita ada hikmah di sebaliknya...apa yang pasti, kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa dekatkan diri dan mentaati perintah Allah...Perkataan SYUKUR dan ALHAMDULILLAH..perlulah sentiasa meniti di bibir kita...

Bila difikir kembali...

Usahlah kita mengeluh pada setiap kesusahan yang dilalui kerana orang-orang yang sabar akan sentiasa mendapat tempat di sisi Allah...setiap kesusahan jika penuh dengan kesabaran melaluinya akan mendapat kejayaan...insyaAllah..Permulaan sabar adalah pahit, tetapi insyaAllah manis akhirnya...sekadar renungan untuk diri ini, insan yang lemah..mudah2han Allah sentiasa merahmati setiap perbuatan yang kita lakukan...dan mudah2han kita mendapat keberkatan daripada Allah..insyaAllah..

Semoga yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri...:)

Sabtu, 23 Februari 2008

Kisah Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Apakah kita cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharapkan sahabat-sahabat tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.InsyaAllah.....:)

Renungan untuk penulis juga..insan yang lemah...

Jumaat, 22 Februari 2008

Kisah Berkat Di Sebalik Membaca Bismillah..

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Khamis, 21 Februari 2008

Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat..

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.

"Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.

Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Rabu, 20 Februari 2008

Mari Memasak..Jom Kongsi Resepi..

Assalamualaikum...

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi..
Marilah kita berkongsi resepi di sini...
mudah-mudahan kita dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang memasak...insyaAllah...
Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya...insyaAllah...Semoga kita sentiasa diberkati oleh Allah..insyaAllah..

p/s sesiapa yang ingin berkongsi resepi..klik di ulasan ya..boleh post resepi anda..insyaAllah..:)

Sabtu, 16 Februari 2008

Selamat Hari Lahir Bonda Tercinta..

Hari ini..genaplah 50 tahun umur bondaku tercinta...Selamat hari lahir Bonda...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..moga Allah memberkati Bonda selalu..
Jelas terpancar ceria pada bonda apabila anak-anaknya telefon untuk mengucapkan selamat hari lahir...InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, anak-anakmu ini tidak akan lupa untuk selau mendoakan dirimu.....
Terima kasih bonda kerana menjaga dan mendidik kami menjadi manusia berguna...anak-anakmu bakal menjadi pendidik mendidik anak bangsa..semoga cita-cita kami akan tercapai...insyallah...Doakan kami menjadi anak-anak yang solehah...menjadi penawar dan permata hati ayahanda dan bonda..
Ya Allah...wahai Tuhan kami...Hidupkan kami dengan iman...Matikan kami dengan iman.....Serta masukkan kami ke syurga bersama-sama dengan iman...
Ya Allah....wahai Tuhan kami...Ampunilah dosa kesalahan kami danAmpunilah dosa kesalahan ibu bapa kami sertaKasihanilah bapa dan ibu kami itu, sebagaimana kedua-duanya mengasihani kami masa kami masih kecil......Berikanlah kedua ibu bapa kebaikan dalam dunia dan akhirat dan peliharalah mereka daripada azab neraka....
Ya Allah...akhirlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Allah mengakhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik...
AMINN......SELAMAT HARI LAHIR BONDA KU TERCINTA....

Rabu, 13 Februari 2008

Bantulah Yang Miskin...

Semalam..dalam kelas ekonomi Islam..Lecturer bercerita sedikit kepada kami...Ada seorang pegawai zakat ingin mengagihkan zakatnya pada orang-orang miskin...Yang menyedihkan..apabila pegawai tersebut menyuruh mereka yang berkenaan mengucap dua kalimah syahadah...ada di antara mereka yang membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....tersentuh hati bila mendengar cerita lecturer tersebut..Di mana silapnya.....bagaimana generasi akan datang..adakah mereka sama seperti itu...tepuk dada tanya iman...

Lecturer tersebut bercerita lagi..Cuba bayangkan...seorang miskin mempunyai seorang isteri dan 7 orang anak...untuk hidangan hari itu, hanya nasi dan seekor ikan masin....bila tiba waktu makan...ayah makan kepala, si ibu makan ekor dan anak-anak makan bahagian badan...begitulah pengorbanan seorang ibu dan ayah, mereka sanggup bersusah payah asalkan anak-anak merasa senang....

Justeru itu..kita harus bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T...bantulah yang miskin...bukan hanya bantu mereka dari segi kewangan tetapi bantulah mereka dari segi pengetahuan agama jika kita mampu melakukannya....

Sekadar untuk renungan diri ini..insan yang lemah...

Isnin, 11 Februari 2008

Jadilah Anak Soleh Dan Solehah Penyejuk Hati Ibu Dan Ayah..

Hari ini...seringkali terdengar perlakuan negatif-negatif remaja yang sangat menakutkan saya sebagai bakal seorang guru. Bukan mudah untuk membimbing dan membentuk seorang pelajar yang pelbagai latar belakang...Ia memerlukan kekuatan semangat yang kuat. Kadang kala bila saya ke pusat membeli belah, rasa sedih melihat anak-anak muda yang bercampur antara lelaki dan perempuan..di manakah hilangnya moral mereka..di manakah pegangan agama mereka.

"Sesungguhnya Allah itu cantik, Allah suka kepada kecantikan"...di manakah terletaknya kecantikan itu?..ia terletak pada pada hati yang suci dan akhlak yang mulia..itulah sebenarnya kecantikan hakiki...kebanyakan remaja hari ini, kurang menitik beratkan moral dan pegangan agama. Jangan kita persalahkan ibu dan ayah kerana sikap kita begini, salahkan diri kita sendiri yang sudah dewasa dan mempunyai akal fikiran yang cukup untuk berfikir baik dan buruk.

Ibu dan ayah sudah puas membesarkan kita, tugas sebagai seorang anak adalah belajar bersungguh-sungguh dan menjadi orang yang berguna..Seperti lirik yang dinyanyikan oleh kumpulan raihan suatu ketika dulu "Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa"..Iman seorang ayah yang hebat tidak dapat diturunkan kepada anaknya jika anak itu sendiri tidak berusaha untuk mendapatkan iman yang sempurna.

Apa yang penting untuk membentuk benteng yang kukuh bagi mengelakkan anasir-anasir yang tidak baik, solat wajib dijaga. Solat adalah tiang agama yang dapat membentuk iman yang sempurna. "Sesunggunya solat itu mencegah diri kita dari perkara buruk dan mungkar" itulah janji Allah kepada mereka yang benar-benar mendirikan solat. Laksanakan perintah Allah dengan sepenuh hati, barulah ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jangan persiakan amanah yang dipertanggungjawabkan....Jangan musnahkan harapan dan kepercayaan ibu ayah untuk melihat anak-anaknya berjaya. Dekatlah diri kita kepada Allah S.W.T...Bacalah Al-Quran dan jadikannya teman sejati...

Jadilah anak yang soleh dan solehah yang hatinya suci dan bersih yang enjadi penyejuk hati ibu dan ayah......InsyaAllah...sekadar mengingat juga diri ini, insan yang lemah....

Jadikanlah kental itu IMAN,
Yang nipis itu LIDAH,
Yang tajam itu AKAL,
Yang lembut itu HATI,
Yang ringan itu SOLAT,
Yang halus itu SUARA,
Yang luas itu ILMU dan...
Yang manis itu SENYUMAN

Ummiku Sayang..

Memancar sang suria
Menyinar cahayanya
Begitulah berseri
Wajah ummi ku sayang
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi

Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang
Walaupun ummi letih
Mengasuh kami ini
Namun masih tersenyum
Menyejukkan hati
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi

Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang
Bila pulang sekolah
Ummi sambut kami
Sembahyang sama ummi
Alhamdulillah
Aku sayang ummi
Ummi ku sayang ummi

Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang
Ummi ku sayang kaulah serikandi
Berkorban selalu untuk kami
Ummi ku sayang kau ibu mithali
Semoga ALLAH kan berkati
Aku sayang ummi

Ummi ku sayang ummi
Sayang sayang ummi
Ummi ku sayang

Sembilan Orang SITI Yang Harus Dicontohi

1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata saya takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam - Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah - Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah - Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah - Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t. * berdasarkan portal muslimah...

9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini?

Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

KENANGAN SEMALAM...